Monday 26 November 2012

SEJARAH SERAMIK

Perkataan seramik adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu Keramos bermaksud tanah liat yang digunakan untuk pembuatan produk. Perkataan ini juga membawa maksud yang serupa dengan perkataan tembikar tetapi terma seramik lebih menggambarkan segalanya yang berkaitan dengan bahan tanah liat berbanding tembikar. Produk tanah liat akan bertukar menjadi seramik apabila didedahkan pada suhu yang tinggi melebihi 600 darjah selsuis. Seramik merupakan salah satu objek seni yang tertua sekali pernah dihasilkan oleh manusia sejak zaman pra sejarah lagi.
Di Malaysia, perkembangan industri barangan seramik secara besar-besaran kini semakin menggalakkan. Ianya dipelopori oleh syarikat ternama Franklin Porcelain dari Amerika Syarikat dengan tertubuhnya kilang mereka di kawasan perindustrian Kulim pada tahun 80-an. Dengan perlaksanaan projek tersebut dan disusuli pula dengan projek pembesarannya beberapa tahun berikutnya, keupayaan para pekerja Malaysia di dalam bidang ini tidak menjadi tanda tanya lagi. Seperti di dalam industri-industri lain yang berkembang di negara ini, pengusaha-pengusaha Jepun telah mula mengorak langkah untuk mendirikan projek-projek berasaskan seramik di Malaysia.
Selain daripada industri pembuatan, kerajaan Malaysia telah menggalakkan perkembangan dan pembelajaran seni seramik ini melalui institusi pengajian tinggi awam. Contohnya, Universti Malaysia Sarawak. Di Universiti Malaysia Sarawak, kelengkapan seperti studio, bilik kin dan juga peralatan seperti mesin “ throwing ” dan sebagainya disediakan. Ini dapat menyemarakkan lagi perkembangan seni seramik.

No comments:

Post a Comment