Monday 26 November 2012

PENGENALAN

    LUKISAN sering kali mendapat tempat dalam kalangan penggemar seni tempatan. Namun bagi yang kurang arif mengenai bidang kreatif ini, sebenarnya masih banyak lagi cabang-cabang seni yang kurang mendapat perhatian peminat.Selain lukisan, arca juga merupakan salah satu bidang kreatif yang jarang sekali diteroka oleh pengkarya. Bezanya arca daripada medium seperti kayu dan besi sering kali dihasilkan tetapi kuantitinya tidaklah sebanyak lukisan.

    Kebiasaannya arca sering kali dianggap sebagai sebuah patung yang menggambarkan satu entiti khusus seperti manusia, peristiwa, objek dan lain-lain yang dijadikan perlambangan.Di negara luar terutamanya negara-negara Eropah, arca akan dicipta dan dihasilkan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah mahupun bagi mengenang tokoh.

    Kini, seni arca sudah bergerak lebih jauh dan melalui beberapa fasa sehingga mampu bersaing dengan produk yang dihasilkan di luar negara. Menerusi perkembangan di Malaysia, seni arca ini bergerak agak perlahan walaupun mempunyai ramai pengarca  yang berbakat besar.Oleh itu, pernubuhan bidang seramik di setiiap institusi adalah merupakan salah satu alternatif yang dapat meningkatkan mutu seni arca negara.

    Bagi menjelaskan lagi situasi ini, Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah satu universiti yang menawarkan pengkhususan seramik dalam bidang seni gunaan dan kreatif.Pengkhususan seramik di Universiti Malaysia Sarawak merupakan pengkhususan yang menjurus kepada hasilan seramik dalam bentuk kontemporari.Ini merupakan cara terbaik untuk melahirkan generasi yang berbakat besar kerana pembelajaran yang diterapkan di dalam setiap pelajar di Universiti Malaysia Sarawak adalah lebih berkesan daripada universiti yang sedia ada.

    Secara tidak lansung generasi yang lahir dari institusi pengajian tinggi merupakan generasi yang berdaya saing serta mempunyai pandangan jauh bagi mermatabatkan seni arce tersebut.



No comments:

Post a Comment